Nuffnang Ads

Pengalaman Guru Ganti 2017 | Experience Being a Substitute Teacher

Alhamdulillah, seminggu yang lalu, saya dipanggil menjadi guru ganti di sebuah sekolah rendah. Kebetulan kawan yang sepatutnya menjadi guru ganti tu tidak dapat datang untuk lapor diri bagi menerima pelantikan tersebut. Maka, si kawan tadi memanggil saya untuk mengganti tempatnya di sekolah itu..hehe walaupun cuma ada tiga minggu sahaja lagi persekolahan 2017 ni mau tamat, semua guru-gurunya sedang sibuk menanda kertas peperiksaan dan menyiapkan kerja-kerja hujung tahun. Memang sangat sibuk semua sampaikan dalam seminggu tu, 3 kali kitorang mesyuarat guru. Walaupun saya ni x adalah faham sangat terms2 guru2 tu, tapi bila dah ikut mesyuarat, akhirnya faham juga, walaupun saya sebenarnya x la berkait pun dalam urusan guru-guru tu. Ini cuma menimba pengalaman sebagai guru ganti...elaun yang diberi pun kira lumayan. Tapi bukanlah guru tetap..Insyaa Allah, saya akan cuba yang terbaik untuk memohon sebagai guru. Manatau rezeki saya ialah menjadi guru? Siapa yang tahu kan? doakan saja yang terbaik.. 😊

 guru-guru tahap 2 kena turun jaga murid-murid kat dewan..haha
 tengah tunggu masa balik, tapi ada meeting pulak...huhu
 memeriksa kertas jawapan murid-murid, saya ganti jadi guru Bahasa Malaysia..haha
tekun menjawab ya...fokus...semoga berjaya...

2 comments:

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads