Nuffnang Ads

CARA MEMOHON MINI TRANSKRIP UITM SABAH

Berita baik buat pelajar dan yang baru habis belajar dari UiTM Sabah. Sekarang UiTM menyediakan kemudahan untuk anda mendapatkan dokumen-dokumen penting seperti mini transkrip, surat pengesahan pelajar, surat tamat belajar dan banyak lagi jenis borang TANPA PERLU BERATUR di pejabat HEA lagi. Bagaimana?
Caranya mudah saja...cuma perlu masuk ke laman web UiTM Sabah, kemudian tekan butang HOME dan pilih Menu yang bertulis HEA seperti dalam gambar di bawah. Kemudian pilih la borang yang anda ingin isi. Bagi bekas pelajar yang tinggal jauh, x perlulah datang ke pejabat UiTM semata-mata untuk ambil transkrip saja...boleh memohon secara online dan surat boleh diemelkan terus kepada anda..mudahkan?

Untuk lebih memudahkan anda, boleh terus klik pautan di bawah
(kenapa x cakap dari tadi kan?haha):

Website UiTM Sabah: http://sabah.uitm.edu.my/v2/

ATAU


Dan untuk makluman, permohonan ini akan diproses dalam tempoh 3 - 5 hari masa bekerja. Jadi kena bersabar ya?

Selamat mencuba! 😊


5 comments:

  1. sekarang semuanya dah makin mudah...
    menyenangkan terutamanya pelajar yg tinggal jauh kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis, sekarang dah makin mudah..

      Delete
  2. info yang berguna ,jemput singgah blog saya https://marblemomo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. macam mana nak buat pilihan cara tuntutan tu melalui emel? sebab ada dua pilihan je, melalui wakil dan ambil sendiri di bhea.

    ReplyDelete

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads