Nuffnang Ads

6 Tempat menarik yang ada di Labuan


Baru-baru ni saya telah berkunjung ke Labuan bersama kawan serumah. Last trip la katakan, lepas ni dah masing-masing. Jadi, apa yang boleh dibuat di Labuan ni? Kali ni saya ingin berkongsi 6 tempat menarik yang boleh dilawati di Labuan.

#1 Taman Burung Labuan 
- tempat ni ada macam-macam jenis burung...segala burung hantu, burung helang, enggang, merak..ayam itik pun ada..hehe

entrance fee dapat RM 2.00 sebab bawa student card..haha


Sempat bergambar jadi enggang/hornbill
Jira sedang melalui pintu ajaib.....

dah keluar dari taman burung, nampak pula kereta ni..wefie duluuu...comel la awak...hehe

#2 Pantai Labuan
-sebenarnya Labuan memang dah dikelilingi laut pun, jadi mana-mana ada pantai...ni yang kami pergi pun yang ada benda besar kat belakang ni...hehe

Tukang ambil foto tu kawan kami, si Jira namanya..hehe👍

ni view panorama pantai tu...panas dan berangin...

sambil-sambil tu bolehlah test skill ambil foto kawan pula..namanya Rina..hehe

#3 Muzium Marin Labuan
-Tempat ni menarik ala-ala muzium Sabah juga..haha kalau yang dah pernah lawat Muzium Sabah la..

#4 Chimney
- Ni view dia sangat cantik kalau ambil gambar...orang ingat kita berada di overseas gituu..
ni gambar panorama ke atas...credit to Cheche 👍
yang ni anak buah Cheche, Rina namanya..sama jak dengan nama sorang kawan tu..haha

Dah alang-alang melawat, bacalah sejarah sekali...tambah ilmu..

memang cantik view belakang ni tauu...

#5 Surrender Point
-tempat ni ada sejarahnya sendiri...jom baca ni..


yang belakang ni dah macam rumah teletubbies pula aku tengok...(lari cari tempat teduh)

#6 Memorial Park
-Di sini merupakan tempat untuk memperingati perajurit tanah air dan juga askar-askar terdahulu dari pelbagai negara dan bangsa...



 Wefie2 takda masalah, yang penting jangan buat bising..bagi menghormati kepada yang telah tiada.

Kesimpulannya, berikut adalah nama-nama tempat yang telah kami lawati:
  1. Labuan Bird Park
  2. Labuan Beach
  3. Labuan Marine Museum
  4. Chimney
  5. Surrender Point
  6. Memorial Park
Satu saja pesanan dari saya:
jangan lupa bawa payung,
kipas tangan/letrik dan air minum secukupnya..hehe
#I 💓 Labuan

2 comments:

  1. Cantiknya labuan...baru sekali akak pegi labaun tapi tak sempat nak jejalan sebab masa tak mengizinkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x apa kak, kalau ada rezeki cuti2 boleh datang Labuan lagi..

      Delete

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads