Nuffnang Ads

5 aktiviti yang best di area Sabah

Hi bloggers!
Hari ni aku mau share aktiviti best yang boleh korang buat sekiranya berkunjung ke Sabah.
Ni hanyalah beberapa tempat dan masih banyak lagi aktiviti best yang boleh dibuat di sini!
Jom check it out!

1. Aktiviti di Pulau

Antara common activities yang orang selalu buat di area kk ni adalah berkunjung ke pulau-pulau yang ada di Sabah. Menurut artikel freemalaysiatoday.com (2017), di Sabah sahaja terdapat 394 buah pulau yang menjadikan Sabah sebagai negeri yang mempunyai pulau terbanyak di dalam Malaysia..Maka tidak hairanlah kalau ramai pelancong ke Sabah ni semata-mata hanya untuk ke pulau. Oleh itu, tidak kiralah kamu bermalam atau tidak di sana. Boleh snorkelling, diving, parasailing, banana boat, seawalking, zipline..ah banyak lagi la..sunbathing pun boleh..haha..harga sangat berpatutan, boleh ambil dalam bentuk pakej ataupun walk-in terus ikut keselesaan masing-masing.

classmates aku masa diploma...hehe rindu la snorkel dengan dorang ni,,,


2. Kundasang Trip

Yang ni special sikit sebab orang yang lawat Sabah x sah kalau x pegi Kundasang, Ranau. Selain dari tengok2 atau #potd Gunung Kinabalu gituu (kalau larat, boleh daki terus - tapi kena booking dulu,hehe)...pastu, boleh jalan-jalan feeling2 New Zealand dekat Dairy Farm, kalau rasa nak Spa Ikan tu boleh try tagal di sana..haa..yang famous sekarang di Kundasang juga ialah Bunny Village, ada juga aku buat review dia dalam post yang dulu2..bunny dia x tau malu siap lari2 ikut ko lagi.. (x takut orang..haha) pastu kat Kinabalu Park, boleh mandi manda kat Poring air panas...wuuhuuu..korang boleh la pilih antara day-trip atau nak bermalam di sana...boleh pilih baaaanyak tempat penginapan...saangat banyak..hehe yang bestnya kalau bangun pagi nampak view gunung kinabalu..perghhh terus boleh buat ko zikir Subahanallah...cantiknya ciptaan Tuhan...

tengok arnab tu, dia ingat dia ringan ka mau naik atas paha orang?hahaha nasib comel

3. Mendaki Bukit

Haa, yang ni antara hobi orang-orang Sabah sekarang. Selain dari jogging, pegi gym semua tu, ada yang lebih gemar untuk mendaki atau nama best dia, hiking..hehe di bukit2 yang ada di Sabah ni...antaranya Bukit Kopungit, Bukit Kokol, Bukit Tirig, Bukit Nuluh Lapai, Bukit Perahu, Bukit Gundul/Botak, dan sangat baaaanyak lagi.... yang bestnya ko x perlu takut kalau mendaki tu yang penting bawa kawan2..hahaha sebab ramai tu orang yang mendaki dan atlit2 yang mendaki juga...yang hebatnya ada orang-orang kampung yang berjualan di puncak bukit tu...hmm..tabiklah sama aunty2 yang angkat banyak minuman tin tu sampai atas bukit...hebatt.. selain membuatkan paha ko jadi fit, haha ko boleh tengok sunrise atau sunset di situ...access pun percuma saja bah..hehe..

ni view atas puncak bukit tirig..gambar 3 orang geng mendaki..hehe


4. Aktiviti extreme

Ni khas untuk peminat extreme activities or challenging..boleh try pegi Kiulu, Tamparuli. Sini ada white-water rafting level 1 and 2, kalau rasa mau lebih extreme boleh try di Sungai Padas, Tenom..sana lagi mencabar..hehe cumanya kalau ke Kiulu ni boleh try aktiviti diorang yang lain  yang berbentuk team building macam zipline, abseiling, repelling, dan survival dalam hutan. Semua ni ada guide professional juga yang akan ikut korang, so jangan risau la..hehe

yang tengah wall climbing tu kawan aku, hehe go umie!


5. Lawat tempat bersejarah di Sabah

Seperti di tempat-tempat lain, Sabah juga ada lokasinya sekiranya anda ingin mengetahui sejarah2 Sabah. Antaranya Atkinson Clock Tower, Muzium Sabah, Muzium Tamadun Islam, Mari-Mari Cultural Village, Kundasang War Memorial , Monsopiad Cultural Village dan pelbagai tugu seperti Tugu Mat Salleh..sambil lawat tu, boleh la shopping buah tangan untuk bawa pulang..


Okay, sekian saja untuk kali ini! yang ada niat untuk berkunjung ke sabah tu semoga dipermudahkan perjalanan anda dan selamat bercuti! 

No comments:

Post a Comment

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads