Nuffnang Ads

Keputusan UPU dah keluar???

Dengan ini saya diberi peluang sekali lagi untuk melanjutkan pelajaran ke degree setelah graduate diploma bulan Mei lalu..alhamdulillah...syukur sangat...program yang sama macam diploma, dan yang paling best, aku akan start dari sem 3 terus sebab pengecualian kredit. Ada beberapa subjek yang aku dah amik waktu diploma. Ini jugalah antara keistimewaan uitm, Tambahan lagi aku sambung aliran yang sama dari diploma iaitu bahagian pelancongan (EP08) juga.. Ini pilihan pertama aku masa isi borang online upu hari tu. Ada juga kawan yang memilih untuk kerja selepas diploma dan ada juga yang memilih bidang lain, tukar program. Ada yang dari pelancongan, tukar ke finance, economies dan marketing. Agaknya aku akan jumpa kawan-kawan baru lagi la ni..hahahaha macam biasa dah...sebab tu aku ada ramai geng..dulu masa sekolah rendah pun ada geng, sekolah menengah pun geng baru, masuk poli sekejap pun, ada geng juga..masuk uitm 3 tahun, pun ada geng juga..hahahaha geng2 aku semua ni budak2 baik tau...kita kan all girls,,,hahaha okey..kemasukannya bulan september ni...

petang ni baru dapat mula mencetak surat tawaran dari web uitm..
12 Ogos 2015 bermula jam 3 petang

klik saja link ini online.uitm.edu.my


Apa pun, tahniah kepada yang dah dapat tawaran tu..
kepada yang x dapat, try buat rayuan..
kalau masih juga x dapat, jangan sedih.
Masih banyak cara untuk menimba ilmu selain dari masuk ipt..
rezeki tu kan daripada Allah s.w.t :)

2 comments:

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads