Nuffnang Ads

Ucapan raya yang terlalu awal..

Semenjak ada smartphone ni, laptop aku dah jauh masuk ke dalam beg..hahaha maklumlah musim jadi student belum start lagi...ni kalau aku dah masuk degree bulan 9 ni (Insyaa Allah...) mulalah dah sibuk dengan assignment..masa tu la lappy ni jadi peneman..hahahaha

okey...amacam puasa korang? okey x? semua berjalan lancar? mesti ada yang x ada buat kuih raya, jahit baju raya, tukar perabot bagai.. hehehe well believe it or not, tahun ni family aku lansung x buat semua tu...jimat cermat kunuk (bilang orang Sabah).. hehe bukan x mau buat kuih tapi memang x reti buat dan belum berpeluang untuk buat...hah! banyak sangat alasan...hehe

beli baju raya pun x ada..kenapa? sebab baju raya tahun2 lalu masih elok lagi...cantik dan masih ngam2 lagi dengan badan..wah? ni bermakna badan aku ni x naik x turun dari dulu lagi...even pendeknya pun tetap sama..hahaha so x ada masalah untuk kami beradik kecuali adik bongsu lelaki yang sangat ketara tumbesarannya..hehe seluar baju melayu dah paras betis dah...memang meningkat tinggi dah adik aku sorang tu....tambah2 lagi dia bakal2 akil baligh kan....jadi dia sorang la yang dapat baju raya baru tahun ni..hehehe

tahun ni tahun yang ke 6 beraya tanpa arwah mama, sejak 2010, arwah mama meninggalkan kami beberapa hari sebelum menjelang Ramadhan..jadi raya tahun 2010 tanpa arwah sehinggalah kini... sejak mama dah x ada, jarang dah pulang beraya atau melawat keluarga sebelah mama... papa jarang dah bawa kami pulang kg...entah kenapa...kadang-kadang jawapan papa, dia kekok dengan suasana kampung tu tanpa mama... jadi kami 5 beradik x la mempersoalkan apa-apa lagi dan hanya berdiam diri..kalau ada, ada la tu..kalau x ada diam2 sahaja...

disebabkan itu juga, kami hanya pulang ke kampung keluarga sebelah papa. Walaupun sana belum ada rumah papa, cuma ada tanah yang kosong saja..belum di bina rumah lagi...papa dah cadang untuk pindah ke kampung bila kami semua dah masuk universiti...kami hanya bersetuju...tanpa membantah atau mepersoalkan hal lain...kerana kami tahu bahawa papa pasti ada perancangan yang terbaik untuk kami semua..harapan aku agar cepat-cepatlah aku kerja supaya dapat menyara kehidupan keluarga aku....cukup-cukuplah papa jaga kami...kerana akan tiba giliran kami untuk berbakti kepada papa..

Semoga Ramadhan ini membawa perubahan yang lebih baik kepada kehidupan kita semua sebagai bekalan di akhirat nanti. Semoga Aidilfitri yang bakal menjelang ni memberi kebahagiaan kepada keluarga-keluarga Islam di seluruh dunia...Subahanallah...

Gambar hiasan...hehehe

#Mohon maaf zahir dan batin andai ada tersilap bahasa dan tersinggung perasaan anda dalam penulisan blog saya yang tidak sehebat mana...sesungguhnya saya hanya insan yang sentiasa membuat kesilapan dan berusaha memperbaiki kesilapan itu agar tidak berulang lagi pada masa hadapan...Salam 10 Ramadhan yang terakhir...dan Salam Aidilfitri..
Assalamualaikum....

4 comments:

  1. amin....selamat hari raya jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya @sofie adie 😊

      Delete
  2. Selamat hari raya.. PapaG dan family mhon maaf andai ad salah n silap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks @papaglamz.. selamat hari raya...^_^

      Delete

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads