Nuffnang Ads

"Kami merasa gegarannya!" -Sabah

Assalamualaikum....Salam Jumaat...
Pagi tadi Sabah digemparkan dengan gempa bumi di bahagian daerah Ranau, Sabah...di mana terletaknya Gunung Kinabalu...
Kalau tengok screenshot di bawah ni, mencecah 6.0 skala Richter...
sangat tinggi berbanding negara lain...
Rakan2 dan saudara mara yang berada di Ranau memberitahu selepas gegaran tadi, mereka masih lagi mengalami gegaran kecil susulan dari gempa bumi pada jam 7.15 pagi tadi..

Terus terang, beberapa daerah di Sabah turut terkena gegaran tu...aku tinggal di Kota Kinabalu...kalau jarak dari KK ke Ranau tu mengambil masa anggaran 2 jam setengah untuk sampai ke sana dengan kereta...awal pagi tadi, aku masih di bilik, nampak katil bergoyang-goyang seolah-olah ada yang menggoyangkan katil tu....aku sangka kucing aku yang mencakar-cakar katil tu..bila bapa aku masuk bilik dan tegur pasal gegaran tu, terus aku terkejut....okey...memang betul sedang ada gegaran....cek whatsapp pula banyak notification masuk...ramai kawan tanya2...semua pun rasa gegaran tu...huhuhu

#Semoga segala tugas menyelamat penduduk dan pelancong yang terperangkap di Gunung Kinabalu berjalan dengan lancar....
Diharap tidak ada pihak yang menyebarkan berita palsu tentang keretakan jalanraya yang teruk atau gambar berita2 yang kurang pasti akan kesahihannya...

6 comments:

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads