Nuffnang Ads

Konvokesyen UiTM kali ke-82

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi...dengan limpah kurniaNya, aku berpeluang menghadiri majlis graduasi pada 13 Mei yang lalu. Agak sukar juga mengurus segala tiket flight ke Kuala Lumpur. Maklumlah, harga tiket bukan main mahal. Apalagi, mencarilah tiket yang murah..tu pun sekejap saja dah naik harga tiket..Tapi alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar..rasa teruja sangat2 bila diberi peluang besar ini untuk naik ke atas pentas Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Dengan ini, aku telah menerima bukan segulung sijil tapi 1 fail Diploma Pengurusan Pelancongan. Hendak dijadikan cerita, ramai kawan2 dari UiTM Sabah yang sepatutnya bersama kami tapi tidak dapat hadir mungkin atas sebab mereka masing-masing. Memang kos untuk ke Shah Alam amat tinggi jika hanya untuk 3 hari 2 malam..apa lagi kalau dah 5 hari di sana..
 Ni la antara rakan seperjuangan yang berjaya graduate on time. Namun kawan2 yang akan konvo hujung tahun ni, congratulations in advanced! Excited sangat2 bila dah sebelum masuk dewan, selfie habis kat luar dewan ni...sebab dah tau kat dalam dewan kena behave...hormat protokol majlis...hehehe (paham2 la isu paling hot pasal konvo baru2 ni)
 haaa..tu dia nombor giliran aku naik pentas! hehehe siap dibagi buku senarai nama graduan masa perarakan masuk dewan..tebal gila..dan paling penting tu dah jadi Alumni UiTM Sabah. Hehehe..sebenarnya ada hajat besar ingin melanjutkan pelajaran ke degree UiTM pula..Mudah-mudahan ada rezeki hujung tahun ni, maka dapatlah sambung belajar lagi...
 Dapat seat yang agak belakang sikit sebab semua yang duduk depan tu ijazah...haaaa, amik screen besar kat dewan...puas hati tengok...3 screen pula tu...
Aku pertama kali menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam, rasa bangga dan gembira sangat2...hah, tengok dewan ni, luas sangat, hampir macam dewan canselor UMS juga...masa tu, tangan aku dah sejuk nervous naik pentas bercampur dengan excited...sangat lain perasaan bila konvo ni...hahhahaha
 Akhir sekali, ini dia! gambar classmates aku dari semester 1 sampai 6! semua muka paling happy di dunia...hahahaha..orang sabah bilang, geng karas...meaning geng2 masa dalam uitm dulu...lepas ni, diorang akan sambung degree juga, tapi x tau lagi hala mana pula dorang akan tuju...mungkin akan sambung course yang sama atau course yang berlainan...hehehe tunggu sajalah bulan 8 ni....

#Terima kasih kepada ayah dan arwah ibu.. Ini hadiah khas dari anakmu... Insyaa Allah, diri ini akan usaha lebih gigih untuk menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat..
#Terima kasih buat guru-guruku di Tadika Abim (1997-1999), SK Tanjung Aru 1 (2000-2005), SMK SANZAC (2006-2010) dan Pensyarah2 UiTM Sabah (Nov 2011- Apr 2014).

2 comments:

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads