Nuffnang Ads

Salam Maulidurrasul...

Assalamualaikum...salam menempuh tahun 2015...
setelah banyak tragedi, kisah-kisah 2014, kini tirai 2015 telah dibuka.

3 Januari 2015 merupakan hari ulangtahun kelahiran Rasulullah S.A.W..
Banyak hikmahnya jika mengingati hari ni kerana kita manusia yang mudah alpa, jadi sama-samalah kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Bukan sahaja pada hari tersebut tetapi bila-bila masa sahaja apatah lagi dalam bacaan solat dan doa seharian kita.

Dalam memulakan tahun yang baru ni, berazam itu biarlah disertakan dengan niat yang baik dan usaha yang istiqamah...Allah pasti akan membantu hambaNya yang sentiasa berusaha. Semoga kita akan dapat hasil yang positif dari apa yang kita rancangkan...
Namun apa juga azam kita, semoga kita masih berdiri di atas landasan agama Islam yang akan memberi jalan keredhaanNya.

Cabaran pada tahun ini untuk aku ialah menyiapkan tempahan pelanggan membuat sulam logo dan nama di baju. Kali ni ada 100 helai jaket yang perlu aku sulam... Sangat mencabar kerana aku risau jikalau kualiti yang aku buat tidak menepati kehendak pelanggan. Sekarang barulah aku tahu betapa susahnya menyulam t-shirt2 ni..walhal dulu-dulu rasa mahal service sulam ni semua, tapi bila sendiri dah rasa cara menyulam guna mesin besar tu, barulah aku tahu bagaimana penat dan sengsaranya si tukang sulam ni mau aim frame sulam tu atas baju.

Penat yang teramat tapi yang bestnya bila semua berjalan lancar dan sempurna, memang terasa gembira sangat2 sebab sulam tu menjadi dengan cantik. Eh? puji diri ka,,,,hehe

Mudah-mudahan esok menjadi lebih baik dari semalam.

#Pengalaman @Rakankita Graphics

No comments:

Post a Comment

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads