Nuffnang Ads

Dunia semakin canggih

Sekarang ni aku sedang duduk dalam bas menunggu untuk bergerak pulang ke rumah. Baru selesai dari kerja..hmm, hari ni aku dengar lagi cerita yg pelik, lucu dan tragis dari kawan aku..
Haih sempat juga aku update blog time2 gini padahal dari tempat kerja ke rumah aku cuma 15 minit kalau naik bas la..sekarang kota kinabalu sedang dibasahi hujan...harap-harap tidak la demam. Best juga update blog dari handphone ni..haha memang sekarang dunia dah semakin canggih :)


#aku sedang menghitung hari yang x pasti..

Cerita si kawan..

Assalamualaikum..haluuu..

Minggu ni tugas aku membuat a.k.a menyulam name tag budak sekolah yang sangat2 banyak...ada yang order sampai 1 batch tingkatan satu...hahaha 5 kelas aku kena buat..dah tu satu nama kena 3 keping..

ok...berbalik pada tajuk entri (aku ni pandai lari tajuk ja)

ada kawan sekerja aku tu dua orang masing-masing 19 dan 24 tahun. Masih muda lagi...
Hendak dijadikan cerita....aku ni tempat diorang bawa borak-borak sambil tolong aku selesaikan tugas sulam-menyulam tu dengan mesin sulam yang membingitkan telinga...

Aku dengar jak la luahan hati diorang tu, sangat berbeza-beza cerita tu..
Ada yang dua hati mau sambung belajar atau tidak..sebab desakan keluarga ada yang menyuruh belajar lagi dan ada yang menyuruh untuk membuka business sendiri..maklumlah keluarga dia memang ada business sendiri..

Yang sorang pula aku kagum dengan skills yang dia ada dari segi maintenance, welding apa segala...aku pun x tau la..dia dah mula berjinak-jinak dengan kerja macam tu dari umur 16 tahun lagi..dan yang uniknya dia ni cepat sangat belajar benda-benda mekanikal yang sangat kompleks...
macam mesin sulam tu, dia dapat tangkap belajar dalam masa satu malam jak,, memang hebat orang macam ni...tapi sayangnya memang banyakah dugaan hidup yang dia sedang lalui sekarang..

Persamaan yang aku nampak, masing-masing ada masalah yang berkaitan dengan kewangan...
Yang aku pula akan belajar dari cerita pengalaman orang lain...hanya setia mendengar namun tidak mampu memberi nasihat kerana aku belum cukup kenal erti dunia luar ni...mungkin dengan mendengar tu dapat mengurangkan rasa terpendam di hati diorang tu ya...

#Buang yang keruh, ambil yang jernih..
Ambil positif, singkir negatif...

Catatan Matluthfi

Akhirnya...aku beli juga buku ni..hahaha
ingatkan mula-mula berfikir dua kali lagi mau beli..takut menyesal pula isi kandungan x best kan...
al maklumlah..video dia kat youtube ni lawak dan sangat "berisi" hehe
ingatkan buku dia ni macam tulisan novel yang kadang-kadang buat mengantuk mata...
tapi bila dah baca...Wah! sangat best, lucu, informatif (ada juga la..hehe) dan paling penting sangat bagus cara penyampaian penulisan dalam buku ni...ayat x terlalu berjela-jela tulisan sampai penuh satu muka surat..tu yang sangat menarik untuk dibaca dan x membosankan...hahaha aku ketawa habis baca buku ni...orang Sabah cakap "Kena di hati" maksudnya punch line tu memang lawak la..
x sia-sia aku beli buku ni..sampai 2 orang kawan aku dah booking turn untuk baca Catatan anak Kedah ni..hehe aku terfikir camna mau bagi pinjam sedangkan diorang duduk jauh dari rumah aku..hehe agaknya diorang bawa aku jumpa kot?


#Kalau ingin membeli sesuatu yang kita minat,
jangan tengok harga...rembat terus..walaupun xda duit?haha

Nighty nite-nite people~

Dengan kejamnya ingin mengatakan sesuatu kepada pemenang Giveaway!

Assalamualaikum...wuhu tajuk macam garang sangat la...hehe ok straight to the point...ada enam pemenang GA aku tu yang lansung x tuntut hadiah..x tau sama ada memang ada bagi tapi x sampai mesejnya atau macam mana...so...aku buat cabutan kali kedua untuk 6 pemenang tersebut....hantar details A.S.A.P tau supaya hadiah pun A.S.A.P hantarnya...hehe

ni la dia cabutan kedua dari random.org

1) 5 in 1 USB Card Reader : http://secrettales97.blogspot.com/2014/11/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html

2) Shawl : http://lalazarryn.blogspot.com/2014/11/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html

3) Ribbon Brooch :
  1. http://ainxr-stoghiee.blogspot.com/2014/11/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html
  2. http://blogcikbelbel.blogspot.com/2014/11/simple-1st-giveaway-by-beba-ifa.html
  3. http://www.honeyonnee.com/2014/11/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html
  4. http://fatanahkhirizan.blogspot.com/2014/12/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html
ok, dah siap senarai pemenang baru..kali ni ada link pula...jom hantar details kat number phone saya terus la..hah senang sikit 014-6763874

Nama Pemenang:
Alamat Penuh:
Nombor Peserta:
Hadiah yang dimenangi:
Blog URL segmen GA:

#Semangat mau pos hadiah hari ni akan tetapi pemenang x cukup 14 orang lagi..alaaa...

Genap 22...

 Yeayy! alhamdulillah.... I'm feeling 22 hu~
dengan ini maka sah la aku masuk umur 22 tahun tepat pada tarikh 3 Januari 2015 ini..pembuka tahun baru juga aku lahir ni...dan kebetulan berselisih pada tarikh kalendar Islam 12 Rabiulawal iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Cukup gembira apabila dapat keluar celebrate dengan family makan-makan dan tengok wayang Night at Museum. Great moments with my family! Akan menyusul birthday iaitu adik aku yang lepasan SPM tu 20 Januari pula..haha

Bersyukur sangat-sangat..alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk merasa nikmat kehidupan sehingga mencapai usia 22 tahun ini. Harapan untuk ulangtahun kelahiran kali ini adalah untuk menjadi seorang yang...."rahsia"
hehehe biarlah harapan itu hanya diri ini dan Allah sahaja yang tahu...
Happy birthday to myself! hahaha wish diri sendiri ya...



#Thank you so much kepada yang memberi ucapan hari jadi dan mendoakan saya...

Salam Maulidurrasul...

Assalamualaikum...salam menempuh tahun 2015...
setelah banyak tragedi, kisah-kisah 2014, kini tirai 2015 telah dibuka.

3 Januari 2015 merupakan hari ulangtahun kelahiran Rasulullah S.A.W..
Banyak hikmahnya jika mengingati hari ni kerana kita manusia yang mudah alpa, jadi sama-samalah kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Bukan sahaja pada hari tersebut tetapi bila-bila masa sahaja apatah lagi dalam bacaan solat dan doa seharian kita.

Dalam memulakan tahun yang baru ni, berazam itu biarlah disertakan dengan niat yang baik dan usaha yang istiqamah...Allah pasti akan membantu hambaNya yang sentiasa berusaha. Semoga kita akan dapat hasil yang positif dari apa yang kita rancangkan...
Namun apa juga azam kita, semoga kita masih berdiri di atas landasan agama Islam yang akan memberi jalan keredhaanNya.

Cabaran pada tahun ini untuk aku ialah menyiapkan tempahan pelanggan membuat sulam logo dan nama di baju. Kali ni ada 100 helai jaket yang perlu aku sulam... Sangat mencabar kerana aku risau jikalau kualiti yang aku buat tidak menepati kehendak pelanggan. Sekarang barulah aku tahu betapa susahnya menyulam t-shirt2 ni..walhal dulu-dulu rasa mahal service sulam ni semua, tapi bila sendiri dah rasa cara menyulam guna mesin besar tu, barulah aku tahu bagaimana penat dan sengsaranya si tukang sulam ni mau aim frame sulam tu atas baju.

Penat yang teramat tapi yang bestnya bila semua berjalan lancar dan sempurna, memang terasa gembira sangat2 sebab sulam tu menjadi dengan cantik. Eh? puji diri ka,,,,hehe

Mudah-mudahan esok menjadi lebih baik dari semalam.

#Pengalaman @Rakankita Graphics

Nuffnang Ads