Nuffnang Ads

Keputusan UPU dah keluar???

Dengan ini saya diberi peluang sekali lagi untuk melanjutkan pelajaran ke degree setelah graduate diploma bulan Mei lalu..alhamdulillah...syukur sangat...program yang sama macam diploma, dan yang paling best, aku akan start dari sem 3 terus sebab pengecualian kredit. Ada beberapa subjek yang aku dah amik waktu diploma. Ini jugalah antara keistimewaan uitm, Tambahan lagi aku sambung aliran yang sama dari diploma iaitu bahagian pelancongan (EP08) juga.. Ini pilihan pertama aku masa isi borang online upu hari tu. Ada juga kawan yang memilih untuk kerja selepas diploma dan ada juga yang memilih bidang lain, tukar program. Ada yang dari pelancongan, tukar ke finance, economies dan marketing. Agaknya aku akan jumpa kawan-kawan baru lagi la ni..hahahaha macam biasa dah...sebab tu aku ada ramai geng..dulu masa sekolah rendah pun ada geng, sekolah menengah pun geng baru, masuk poli sekejap pun, ada geng juga..masuk uitm 3 tahun, pun ada geng juga..hahahaha geng2 aku semua ni budak2 baik tau...kita kan all girls,,,hahaha okey..kemasukannya bulan september ni...

petang ni baru dapat mula mencetak surat tawaran dari web uitm..
12 Ogos 2015 bermula jam 3 petang

klik saja link ini online.uitm.edu.my


Apa pun, tahniah kepada yang dah dapat tawaran tu..
kepada yang x dapat, try buat rayuan..
kalau masih juga x dapat, jangan sedih.
Masih banyak cara untuk menimba ilmu selain dari masuk ipt..
rezeki tu kan daripada Allah s.w.t :)

Anak anda ketagih dengan gajet?

Kebanyakan ibu bapa mengalami pengalaman tentang anak-anak yang sangat ketagih dengan penggunaan ipad, laptop, smartphone, tablet. Tambah-tambah lagi dalam era yang sangat pesat dengan pembangunan teknologi menambahkan lagi kerisauan para ibu bapa. Namun ada juga yang membiarkan anak mereka berterusan melayani segala gajet2 yang sangat canggih.

Kenapa saya bercakap begini? Sedangkan saya belumlah mempunyai pengalaman menjadi seorang ibu. Akan tetapi, ini sekadar ingin berkongsi pengalaman mengenai adik lelaki bongsu saya yang telah kehilangan ibu semenjak usianya 6 tahun. Dia telah menjadi anak yatim memandangkan dia belum akil baligh. Dalam waktu dia membesar, banyak dugaan terutama dalam faktor gajet2 ini. Semua ni bermula sewaktu dia darjah 3. Dia mula pandai meminta2 untuk buka laptop dan main game. Kebetulan masa itu, kami belum ada wifi rumah, dulu2 hanya popular dengan broadband internet. Jadi adik saya tidak melayari internet, sebaliknya hanya main game yang di install dalam laptop tersebut. Namun begitu, laptop boleh jadi punca pergaduhan bila adik saya sudah ketagih main game. Dia tidak mahu makan, alasannya kenyang, malas mandi apa lagi kalau mengulangkaji pelajaran. Masalah ini berlarutan sehinggalah laptop tu ‘hang’ dan rosak atas sebab2 lain.

Masalah ini menjadi reda sekejap dan berulang kembali apabila wifi mula dipasang dirumah dan laptop 1 malaysia mula diagihkan dan si adik bongsu mula lagi ada keinginan main game. Tambah2 lagi ada internet, selalu juga dia mau main game online ni. Laptop tu pun mula menjadi slow…dan ‘not responding’ kerap berlaku. Ayah sering menegur, kurangkan main laptop, tapi budak-budak kan..masuk telinga kanan, keluar balik ke telinga kiri…ish3…melalui apa yang saya perhatikan, adik saya x sepatutnya dilayan kemahuannnya. Apabila dia mencapai umur 10 tahun, saya sangat melarang dia untuk meminjam laptop peribadi saya memandangkan laptop itu masih baru dan sangat diperlukan untuk membuat assignment semasa saya di universiti. Saya agak tegas dan pantang jika si bongsu ingin pinjam laptop tu, kerana saya tahu, tidak ada faedahnya jika saya memberi pinjam padanya. Malahan handphone dan kini smartphone juga saya tidak meminjamkan kepada adik saya. Saya lebih rela bertekak daripada memberi dia gajet2 tersebut.

Kadangkala saya rasa diri saya ini sangat tidak bertimbang rasa dengan adik saya..boleh dikatakan terlalu berkira kalau hal yang sebegitu. Namun saya tidak mahu adik saya terlalu terdedah dengan gajet2 hebat sejak dibangku sekolah lagi…saya sangat risau…

Sekarang adik bongsu saya dah berusia 11 tahun. Saya masih kawal dia dalam penggunaan gajet. Dia sendiri masih belum memiliki telefon bimbit apatah lagi smartphone. Boleh dikatakan dia menjadi “orang gua” yang tidak tahu apa2 tentang gajet2 ni..tapi kadang2 saya mulai berlembut hati kalau dia mau pinjam laptop saya untuk menonton movie2 cartoon atau runningman..dengan syarat, dia x buka online game di laptop tu..atau main sebarang game dalam laptop tu. Ni untuk mengelak laptop tu rosak dan juga ketagih main game. Saya tidak mahu dia jadi lalai dan alpa dengan dunia game sampai jadi malas. Untuk penyelesaian juga, saya selalu gunakan laptop ni sebagai motivasi agar dia lebih rajin dalam segala-galanya. Bukan juga ganjaran, tapi saya sedang mengawal ketagihan terhadap gajet ini.


Syukurlah dia dah 11 tahun, sudah mengerti erti menghargai apa yang diberi dan tidak terlalu banyak merungut. Saya selalu juga memberi nasihat dan kata2 motivasi agar dia menjadi anak yang soleh. Mereka ini cuma perlu lebih perhatian,dan tidak berasa diabaikan. Cuma dia kurang minat untuk mengulangkaji di rumah, saya sendiri x tau kenapa..prestasi akademik tidak begitu cemerlang, mungkin adik bongsu saya ni lebih kepada kemahiran yang lebih praktikal. Siapa tahu kan? Walaupun saya ni cumalah seorang kakak, tetapi saya tetap ada naluri ingin melihat adik saya berjaya dunia dan akhirat. ^_^

Ucapan raya yang terlalu awal..

Semenjak ada smartphone ni, laptop aku dah jauh masuk ke dalam beg..hahaha maklumlah musim jadi student belum start lagi...ni kalau aku dah masuk degree bulan 9 ni (Insyaa Allah...) mulalah dah sibuk dengan assignment..masa tu la lappy ni jadi peneman..hahahaha

okey...amacam puasa korang? okey x? semua berjalan lancar? mesti ada yang x ada buat kuih raya, jahit baju raya, tukar perabot bagai.. hehehe well believe it or not, tahun ni family aku lansung x buat semua tu...jimat cermat kunuk (bilang orang Sabah).. hehe bukan x mau buat kuih tapi memang x reti buat dan belum berpeluang untuk buat...hah! banyak sangat alasan...hehe

beli baju raya pun x ada..kenapa? sebab baju raya tahun2 lalu masih elok lagi...cantik dan masih ngam2 lagi dengan badan..wah? ni bermakna badan aku ni x naik x turun dari dulu lagi...even pendeknya pun tetap sama..hahaha so x ada masalah untuk kami beradik kecuali adik bongsu lelaki yang sangat ketara tumbesarannya..hehe seluar baju melayu dah paras betis dah...memang meningkat tinggi dah adik aku sorang tu....tambah2 lagi dia bakal2 akil baligh kan....jadi dia sorang la yang dapat baju raya baru tahun ni..hehehe

tahun ni tahun yang ke 6 beraya tanpa arwah mama, sejak 2010, arwah mama meninggalkan kami beberapa hari sebelum menjelang Ramadhan..jadi raya tahun 2010 tanpa arwah sehinggalah kini... sejak mama dah x ada, jarang dah pulang beraya atau melawat keluarga sebelah mama... papa jarang dah bawa kami pulang kg...entah kenapa...kadang-kadang jawapan papa, dia kekok dengan suasana kampung tu tanpa mama... jadi kami 5 beradik x la mempersoalkan apa-apa lagi dan hanya berdiam diri..kalau ada, ada la tu..kalau x ada diam2 sahaja...

disebabkan itu juga, kami hanya pulang ke kampung keluarga sebelah papa. Walaupun sana belum ada rumah papa, cuma ada tanah yang kosong saja..belum di bina rumah lagi...papa dah cadang untuk pindah ke kampung bila kami semua dah masuk universiti...kami hanya bersetuju...tanpa membantah atau mepersoalkan hal lain...kerana kami tahu bahawa papa pasti ada perancangan yang terbaik untuk kami semua..harapan aku agar cepat-cepatlah aku kerja supaya dapat menyara kehidupan keluarga aku....cukup-cukuplah papa jaga kami...kerana akan tiba giliran kami untuk berbakti kepada papa..

Semoga Ramadhan ini membawa perubahan yang lebih baik kepada kehidupan kita semua sebagai bekalan di akhirat nanti. Semoga Aidilfitri yang bakal menjelang ni memberi kebahagiaan kepada keluarga-keluarga Islam di seluruh dunia...Subahanallah...

Gambar hiasan...hehehe

#Mohon maaf zahir dan batin andai ada tersilap bahasa dan tersinggung perasaan anda dalam penulisan blog saya yang tidak sehebat mana...sesungguhnya saya hanya insan yang sentiasa membuat kesilapan dan berusaha memperbaiki kesilapan itu agar tidak berulang lagi pada masa hadapan...Salam 10 Ramadhan yang terakhir...dan Salam Aidilfitri..
Assalamualaikum....

Bila bosan melanda+demam2

Hari ni hari Isnin... syukur masih diberi peluang berpuasa....cuma bila demam2 masa puasa ni,rasa lemas badan... mau manja2 dgn siapa masa sakit2? Kesian...layan diri ja la...masak pun kena bangun sendiri...xdanya org mau masak untuk ko ok?bangunlah pegi masak walaupun sakit2..badan panas2.. ditambah dengan cuaca yang x menentu... kejap hujan lebat,kejap panas terik...sabarlah... agaknya kalau bawa shopping ni terus sihat kot?haha

Keajaiban seorang ibu...

Assalamualaikum...hari ni dah masuk puasa yang ke 13...alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ni...yeay!

Masa bulan puasa ni mesti ibu-ibu di luar sana sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa dan tidak kurang juga yang sedang membakar biskut raya...hehe semangat mau raya ka? Menyediakan juadah sahur dan berbuka puasa juga adalah ibadah...namun berpada-pada agar tidak membazir makanan tu...

Masa bulan Ramadhan ni aku selalu teringatkan arwah mama aku yang bertungkus-lumus macam tu...aku berfikir macam mana mama boleh istiqamah dalam menyediakan segala keperluan kami sekeluarga....macam miracle bah...sebab selama 4 tahun mama dah tinggalkan kami...masa ni baru aku rasa pening kepala sangat mau fikir apa lagi mau masak? bila dah habis bahan mentah, kena pergi pasar pula...dulu selalu aku jadi pembantu mama saja...ikut saja apa yang disuruh..jadi aku x la perlu berfikir...tapi bila aku yang hadapi sekarang, rasa sesak dada ni...

Seorang ibu, dialah kena masak, basuh kain, cuci kain, lipat kain, kemas rumah, basuh tandas, seterika baju semua tu..ni baru hal kecil..belum hal yang besar2 bila dia mula mengurus segala kewangan di rumah dengan bantuan papa aku...walaupun begitu, aku selalu tengok mama sangat teliti dengan bajet rumah...bayar segala bil, yuran sekolah, belanja anak-anak....mama juga bekerja...dia seorang guru di sekolah menengah...terus terang, bila aku dah masuk umur 22 ni aku sedar sangat2 jadi ibu ni sangat susah.....apa lagi kalau anaknya ada 5 orang yang lain macam perangai masing2 kan...kalau seorang ibu tu dah buat yang terbaik untuk keluarganya, tapi anak-anak pula buat x endah akan jasanya...mungkin adik-adik aku masa tu masih kecil...maka mereka membesar dengan kurangnya kasih sayang dari seorang ibu....

#Dengan zaman canggih lagi semua menghadap smartphone...
makin kurang komunikasi.....
sedih...

Friends,they come and go..

Assalamualaikum...salam ramadhan hari ketiga...kalau sekarang kat Sabah,dah subuh ni dari jam 4.39 pagi tadi..kepada kawan2 yg berada di semenanjung tu selamat bersahur...

Mood aku dari semalam masih x berapa bagus..sebabnya?kurang pasti... hmm, apakah dia maksud kawan baik? Bermula aku sekolah menengah,sampailah sekarang,kawan yg rapat dengan aku memang sentiasa berubah-ubah.. cuma aku yg masih kekal di situ...ada kawan yg satu kelas dgn aku,rapat..tapi bila dia pindah,terus lost contact..maka aku, bseoranganlah lg..lepas tu ada kawan baru yg ada geng sendiri...aku ikut2 ja menyampuk kdg2 tu..mcm melukut tepi gantang pula kn..haha tp tu la hakikatnya yg berlaku pada aku dan berterusan berlaku sampai aku masuk universiti... kawan perempuan tu ramai,tapi kadang2 ada yang cari aku bila perlu saja...bila ada masalah,baru tanya aku...begitu juga bila dah grad diploma..bukan aku takut mau berkawan..tapi bila mencari kawan yang betul ada waktu senang dan susah tu memang tiada...realitinya? Berdikari...dari dulu aku terbiasa begitu,boleh jalan sorang2,makan sorang2,pegi berurusan kat pejabat pun sorang2...kenapa aku x bawa kawan?sbb aku yg x mau bebankn diorang...mungkin aku terlalu menetapkan pendirian dari dulu masa sek menengah..pendirian aku tu,masa aku x ada kawan,aku mau nangis pun x ada guna..last2,aku ckp dgn diri aku "kalau kau dah x ada kawan,jangan risau..kau masih ada diri kau,sebab bila dah meninggal,kau dalam kubur pun akan tinggal kseorangan juga tanpa kawan.." sedih juga la fikir balik,apasal la aku ckp gitu dengan diri aku??adeh...memang kesian dan simpati dengan diri sendiri...kerana itu jugalah,aku lebih tumpukan perhatian pada keluarga aku...agak2 siapalah yang akan datang kenduri kahwin aku nanti kan? Ada juga ka kawan yang mau datang kalau aku jemput?hmm,takut pula x dtg,jd aku buat kecil-kecilan saja la..hehehe..

Mungkin apa yg terjadi dengan aku ni pun atas sikap aku yang suka jadi silent readers...jarang buka mulut bertanya khabar....hanya sekadar tengok insta,fb, n moments kawan2...sehinggakan aku terlepas pandang kawan aku sorang yang masuk hospital baru2 ni...bila aku taip komen di instagram dia,x pula dia reply..huhuhu tau2 kawan lama aku dah duluan melawat dia di hospital...aku rasa aku perlu pm dia la untuk tanya khabar...tu yang terbaik..haha bagus juga meluah kat blog ni,dah mcm menyelesaikan masalah sendiri pula...
Okbai.

Kahwin muda? Vs Kahwin tua?


wow...tajuk tu..ish3....
sebelum tu...saya ucapkan selamat menyambut bulan mulia, bulan Ramadhan....alhamdulillah masih diberi peluang untuk menjalankan ibadah puasa tahun ini...moga2 kita mendapat berkat dan pahala yang melimpah ruah...insyaaAllah...

(gunakan "aku" kerana lebih selesa dengan membahasakan diri sebegitu..hehe chill k..)
sebenarnya x sesuai untuk aku cakap pasal alam perkahwinan sebab aku ni belum berkahwin...cuma ada keinginan untuk berkahwin tetapi timbul banyak persoalan..sebab tu aku belum kahwin....persoalan tu sebenarnya kekangan untuk berkahwin, belum mendapat jawapan yang sempurna....contoh? hmm...dalam banyak2 cerita yang aku baca dan dengar, semua tentang kisah proses berkahwin...x ada pula cerita yang selepas berkahwin...tambah2 lagi cerita kahwin muda yang masih belum habis belajar....memang sangat2 digalakkan kahwin muda untuk mengelak dari maksiat...dan selepas kahwin, adalah tanggungjawab si suami memberi nafkah kepada isteri....satu hal yang besar dalam fikiran aku..bagaimana si suami menampung perbelanjaan keluarga sedangkan dia masih belajar dan belum mempunyai pekerjaan? adakah ibu bapa yang masih menampung perbelanjaan mereka seharian?hmm....keep thinking...

#okey...x mau tulis panjang sangat...cuma itu yang bermain di fikiran...sekarang ni....

"Kami merasa gegarannya!" -Sabah

Assalamualaikum....Salam Jumaat...
Pagi tadi Sabah digemparkan dengan gempa bumi di bahagian daerah Ranau, Sabah...di mana terletaknya Gunung Kinabalu...
Kalau tengok screenshot di bawah ni, mencecah 6.0 skala Richter...
sangat tinggi berbanding negara lain...
Rakan2 dan saudara mara yang berada di Ranau memberitahu selepas gegaran tadi, mereka masih lagi mengalami gegaran kecil susulan dari gempa bumi pada jam 7.15 pagi tadi..

Terus terang, beberapa daerah di Sabah turut terkena gegaran tu...aku tinggal di Kota Kinabalu...kalau jarak dari KK ke Ranau tu mengambil masa anggaran 2 jam setengah untuk sampai ke sana dengan kereta...awal pagi tadi, aku masih di bilik, nampak katil bergoyang-goyang seolah-olah ada yang menggoyangkan katil tu....aku sangka kucing aku yang mencakar-cakar katil tu..bila bapa aku masuk bilik dan tegur pasal gegaran tu, terus aku terkejut....okey...memang betul sedang ada gegaran....cek whatsapp pula banyak notification masuk...ramai kawan tanya2...semua pun rasa gegaran tu...huhuhu

#Semoga segala tugas menyelamat penduduk dan pelancong yang terperangkap di Gunung Kinabalu berjalan dengan lancar....
Diharap tidak ada pihak yang menyebarkan berita palsu tentang keretakan jalanraya yang teruk atau gambar berita2 yang kurang pasti akan kesahihannya...

Konvokesyen UiTM kali ke-82

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi...dengan limpah kurniaNya, aku berpeluang menghadiri majlis graduasi pada 13 Mei yang lalu. Agak sukar juga mengurus segala tiket flight ke Kuala Lumpur. Maklumlah, harga tiket bukan main mahal. Apalagi, mencarilah tiket yang murah..tu pun sekejap saja dah naik harga tiket..Tapi alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar..rasa teruja sangat2 bila diberi peluang besar ini untuk naik ke atas pentas Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Dengan ini, aku telah menerima bukan segulung sijil tapi 1 fail Diploma Pengurusan Pelancongan. Hendak dijadikan cerita, ramai kawan2 dari UiTM Sabah yang sepatutnya bersama kami tapi tidak dapat hadir mungkin atas sebab mereka masing-masing. Memang kos untuk ke Shah Alam amat tinggi jika hanya untuk 3 hari 2 malam..apa lagi kalau dah 5 hari di sana..
 Ni la antara rakan seperjuangan yang berjaya graduate on time. Namun kawan2 yang akan konvo hujung tahun ni, congratulations in advanced! Excited sangat2 bila dah sebelum masuk dewan, selfie habis kat luar dewan ni...sebab dah tau kat dalam dewan kena behave...hormat protokol majlis...hehehe (paham2 la isu paling hot pasal konvo baru2 ni)
 haaa..tu dia nombor giliran aku naik pentas! hehehe siap dibagi buku senarai nama graduan masa perarakan masuk dewan..tebal gila..dan paling penting tu dah jadi Alumni UiTM Sabah. Hehehe..sebenarnya ada hajat besar ingin melanjutkan pelajaran ke degree UiTM pula..Mudah-mudahan ada rezeki hujung tahun ni, maka dapatlah sambung belajar lagi...
 Dapat seat yang agak belakang sikit sebab semua yang duduk depan tu ijazah...haaaa, amik screen besar kat dewan...puas hati tengok...3 screen pula tu...
Aku pertama kali menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam, rasa bangga dan gembira sangat2...hah, tengok dewan ni, luas sangat, hampir macam dewan canselor UMS juga...masa tu, tangan aku dah sejuk nervous naik pentas bercampur dengan excited...sangat lain perasaan bila konvo ni...hahhahaha
 Akhir sekali, ini dia! gambar classmates aku dari semester 1 sampai 6! semua muka paling happy di dunia...hahahaha..orang sabah bilang, geng karas...meaning geng2 masa dalam uitm dulu...lepas ni, diorang akan sambung degree juga, tapi x tau lagi hala mana pula dorang akan tuju...mungkin akan sambung course yang sama atau course yang berlainan...hehehe tunggu sajalah bulan 8 ni....

#Terima kasih kepada ayah dan arwah ibu.. Ini hadiah khas dari anakmu... Insyaa Allah, diri ini akan usaha lebih gigih untuk menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat..
#Terima kasih buat guru-guruku di Tadika Abim (1997-1999), SK Tanjung Aru 1 (2000-2005), SMK SANZAC (2006-2010) dan Pensyarah2 UiTM Sabah (Nov 2011- Apr 2014).

Demam Konvo!

Salam...lama x buka blog..hehe aku dah berhenti kerja hujung bulan April tu..rasa bebas dah x terikat dengan kerja ni..walaupun aku enjoy kerja sana tapi dalam masa yang sama, aku tertekan dengan kerja yang bertimbun terlalu banyak..hahaha apa2 pun,syukur dah ada pengganti aku di sana, jadi x la aku rasa berat hati mau berhenti kerja..ada juga orang yang dah ganti aku sana...
lagi2 sekarang ni, aku fokus masa aku untuk konvokesyen di DATC, UiTM Shah Alam nanti! wah...x sabarnya! hehehe dah selesai aku urus tiket flight, n hotel semua tu...harap2 semua berjalan lancar...walaupun cuma graduate diploma, tapi aku mau juga rasa perasaan naik pentas tu dengan berjubah...manalah tau x sempat sambung degree, at least ada juga la kenangan aku dengan bapa aku kan..hehe lagi2 aku jeles tengok kakak aku sorang tu yang dah master sekarang...tu jadi inspirasi aku untuk sambung belajar...orang kata, membazir duit pergi sana, tapi aku try juga kumpul duit untuk bayar yuran konvo....bukannya selalu aku pergi sana...bertahun-tahun sudah x jenguk semenanjung....hehehe..biarlahkan..tambah excited aku mau tunggu 12 Mei ni...flight ke KL...esoknya, aku konvo!!! yeayyy!!! cuma tu la, ramai course mate aku yang x dapat pegi...lagi2 kami ni x ramai yang konvo....bila aku tinguk list name, sikit ja student tourism diploma yang graduate...xpa la yang penting bapa aku dapat tengok aku naik pentas.....x banyak aku dapat bagi untuk balas jasa beliau...jadi aku cuma jadi anak yang terbaik untuk bapa aku dan bagi motivasi untuk adik2 aku yang lain...kali ni x la dapat ANC, tapi dapat 2 stars pun dah kira bersyukur alhamdulillah.....

Apakah ini mimpi?

Dua hari yang lalu aku bermimpi dipinang orang. Dalam masa yang sama,aku dah ada calon untuk dijadikan suami. Entah kenapa dalam mimpi tu aku terima lelaki yang mahu pinang aku tu. Jadi aku lepaskan calon suami aku dalam keadaan berat hati dan aku menangis dalam mimpi. Kesudahannya aku sendiri x tau sebab aku terbangun dari tidur kerana bunyi alarm hp. Mimpi tu menyuruh bangun solat subuh agaknya. Oleh itu, aku pun jadi awal pergi kerja. Sebenarnya mimpi aku tu permulaannya best sebab lelaki tu romantik. X la hensem mana tapi sweet sangat2. Aku cepat cair dengan lelaki yang ego tapi gentleman. Ego tapi x jahat dengan perempuan. Ego tapi sweet. Hahah macam mana pula tu kan. Pelik2 taste aku ni. Harap2 mimpi tu x la membawa apa2 maksud lain. Hanya sekadar mengejutkan aku dari tidur. Hehehe sekian.

LITTLE CRUSH

Most of the time, I forgot about someone from my past time. But then,when I browse the social media, I just saw the face that exactly like my past person.. Strange but the truth..
(Just a thought)

posted from Bloggeroid

Drama Band - Biarkanlah (Official Lyrics Video).

Semua pernah tercipta
Seakan terhapus sudah segala
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu

Semua janji terbina
Seakan sudah tiada bermakna
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu

Selagi kita masih bersama
Semakin ku terluka

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar hancur harapku
Lepaskanlah semuanya

Aku pergi demi bahgiamu
Aku pergi demi bahgiamu
Aku pergi demi bahgiamu


#Sedih malam-malam begini.... :'(

Apa itu embroidery??

Alhamdulillah.....dah habis menyelesaikan ke empat2 kertas MUET...
Tinggal tunggu result lagi...hari ni aku dapat cuti sebab ada exam MUET kan..memandangkan habis jam1 petang tadi, dapatlah rehat-rehat kat rumah..lagi2 esok off day, weeee!! heaven la cuti ni...esok pagi dapatlah pegi jogging! hehehehe

Aku sekarang tengah download software untuk embroidery..rasa-rasa macam mau belajar lagi skil ni dengan lebih dalam...terutama part designing stitches guna software ni...latest punya software...aku jumpa yang x la Pro punya...sebab kalau yang tu kena bayar.... $99 USD..hahaha...habis duit beli tu kalau gitu..jadi aku amik yang TrueSizerE3 Desktop punya version la...boleh guna dalam laptop..dapat juga study sikit-sikit dalam designing sulam ni...ramai x tau skil menyulam guna software ni..hanya beberapa orang yang memang dalam industri macam ni yang tau selok belok dunia sulam menyulam...aku jealous kalau ada orang lain boleh buat design sulam dengan cantik...dan result sulam tu pun flawless...aku suka belajar benda baru... mesin yang aku handle ni model Happy.. bos yang punya tapi aku control...cuma sekarang kurang sikit aku involve sebab aku kena handle front desk..deal dengan customer...lagi-lagi kakak aku dah resign..aku kena ganti tempat dia untuk masa ni...tapi kalau ada urgent sulam, aku memang kena buat jugalah..jadi multi-task kat kedai tu...
mau merungut sebab gaji kecil? hmm...x payahlah sangat sebab experience tu yang paling mahal... mana mau cari pengalaman macam tu..apa lagi free belajar sulam...
blog ni bagus juga kalau aku buat tutorial sulam guna software yang aku belajar..share-share ilmu walaupun ada orang x paham..hehehe x apa..aku belajar, pastu aku ajar balik...senang kan? kih3...


entri berterabur~

Assalamualaikum...haloo~yuhuuuu...
masuk hari ni hanya tinggal seminggu lagi kita mencapai bulan Mac 2015...
Cepatnya masa berlalu...rasa macam baru kemarin masuk 2015...
ada orang pernah kata, kalau masih terasa macam tahun 2014 tu maknanya 
"mental dan fizikal masih belum bersedia ke tahun baru..."

tapi bersedia atau tidak, dah 2015 la ni wei...hahahah
okay kebetulan hari ni off day aku...
awal pagi tadi 1 family pergi jogging di Perdana Park, Tanjung Aru...
Maklumlah tempat ni x sampai 10 minit pun dari rumah aku sebab tu pegi bersenam pagi-pagi...guna kereta la ya..bukan jalan kaki..hehehe

Kedai dipecah pencuri?

Pada 5 Februari baru2 ni, bos aku dan pekerja-pekerja kat kedai tu diuji dengan dugaan Allah apabila kedai kami dipecah masuk oleh pencuri seawal 7 pagi...masa tu kebetulan aku off day pergi amik exam MUET...so, cerita ni kakak aku yang inform mula-mula tu.

Tapi apa yang dikesalkan, bos tersebut mengesyaki pekerja sendiri yang memecah masuk kedai tu..
Barang yang hilang Samsung Tab dengan Kamera Digital sahaja...cash dalam drawer masih kekal di situ...selepas diteliti cctv yang dipasang oleh bos di dalam kedai tu, ternyata bukan pekerja punya angkara tetapi orang lain yang telah memecah masuk ke dalam kedai.

Berita terkini: Akan selamat diterbangkan ke sana

Assalamualaikum semuanya!
Tajuk post entah apa-apa la kan..haha

okay, just mau inform yang hadiah GA dah selamat diposkan ke semenanjung! yeayy!!!
Alhamdulillah.....terima kasih kepada si kawan yang tolong hantar aku ke pejabat pos tadi...siap tolong aku lagi urus pos2 tu..hehe comel la..

Anda tertanya-tanya??

Selamat berhujung minggu semua!

Hari ni cuti, relax sikit dari kerja yang berlambak tu...
Penat sampai tidur awal sangat..
Lagi-lagi semalam masa kerja kat kedai, entah macam mana jari aku boleh terkena benda tajam...
Luka x pasal2...huhu

Okay, semalam juga ada seorang blogger yang hantar mesej dengan aku melalui hangout G+.
Dia tanya kalau aku dah post or belum hadiah giveaway yang dah lama basi tu..hahaha
(okay yang "basi" tu aku just tambah2 ayat aku tu ye...chill..)

Untuk makluman kepada pemenang tu, aku akan pos hadiah pada 5th February 2015.
kenapa lewat sangat? sebabnya aku belum berkesempatan ke pejabat pos pada hari Ahad iaitu satu-satunya hari yang aku x kerja dalam masa seminggu..
Jadi, aku ambil cuti 5 haribulan tu untuk settle semua urusan pos ni..
Harap bersabar menunggu...

#Sedih belum Pay Day lagi bulan January tu..huhu

Dunia semakin canggih

Sekarang ni aku sedang duduk dalam bas menunggu untuk bergerak pulang ke rumah. Baru selesai dari kerja..hmm, hari ni aku dengar lagi cerita yg pelik, lucu dan tragis dari kawan aku..
Haih sempat juga aku update blog time2 gini padahal dari tempat kerja ke rumah aku cuma 15 minit kalau naik bas la..sekarang kota kinabalu sedang dibasahi hujan...harap-harap tidak la demam. Best juga update blog dari handphone ni..haha memang sekarang dunia dah semakin canggih :)


#aku sedang menghitung hari yang x pasti..

Cerita si kawan..

Assalamualaikum..haluuu..

Minggu ni tugas aku membuat a.k.a menyulam name tag budak sekolah yang sangat2 banyak...ada yang order sampai 1 batch tingkatan satu...hahaha 5 kelas aku kena buat..dah tu satu nama kena 3 keping..

ok...berbalik pada tajuk entri (aku ni pandai lari tajuk ja)

ada kawan sekerja aku tu dua orang masing-masing 19 dan 24 tahun. Masih muda lagi...
Hendak dijadikan cerita....aku ni tempat diorang bawa borak-borak sambil tolong aku selesaikan tugas sulam-menyulam tu dengan mesin sulam yang membingitkan telinga...

Aku dengar jak la luahan hati diorang tu, sangat berbeza-beza cerita tu..
Ada yang dua hati mau sambung belajar atau tidak..sebab desakan keluarga ada yang menyuruh belajar lagi dan ada yang menyuruh untuk membuka business sendiri..maklumlah keluarga dia memang ada business sendiri..

Yang sorang pula aku kagum dengan skills yang dia ada dari segi maintenance, welding apa segala...aku pun x tau la..dia dah mula berjinak-jinak dengan kerja macam tu dari umur 16 tahun lagi..dan yang uniknya dia ni cepat sangat belajar benda-benda mekanikal yang sangat kompleks...
macam mesin sulam tu, dia dapat tangkap belajar dalam masa satu malam jak,, memang hebat orang macam ni...tapi sayangnya memang banyakah dugaan hidup yang dia sedang lalui sekarang..

Persamaan yang aku nampak, masing-masing ada masalah yang berkaitan dengan kewangan...
Yang aku pula akan belajar dari cerita pengalaman orang lain...hanya setia mendengar namun tidak mampu memberi nasihat kerana aku belum cukup kenal erti dunia luar ni...mungkin dengan mendengar tu dapat mengurangkan rasa terpendam di hati diorang tu ya...

#Buang yang keruh, ambil yang jernih..
Ambil positif, singkir negatif...

Catatan Matluthfi

Akhirnya...aku beli juga buku ni..hahaha
ingatkan mula-mula berfikir dua kali lagi mau beli..takut menyesal pula isi kandungan x best kan...
al maklumlah..video dia kat youtube ni lawak dan sangat "berisi" hehe
ingatkan buku dia ni macam tulisan novel yang kadang-kadang buat mengantuk mata...
tapi bila dah baca...Wah! sangat best, lucu, informatif (ada juga la..hehe) dan paling penting sangat bagus cara penyampaian penulisan dalam buku ni...ayat x terlalu berjela-jela tulisan sampai penuh satu muka surat..tu yang sangat menarik untuk dibaca dan x membosankan...hahaha aku ketawa habis baca buku ni...orang Sabah cakap "Kena di hati" maksudnya punch line tu memang lawak la..
x sia-sia aku beli buku ni..sampai 2 orang kawan aku dah booking turn untuk baca Catatan anak Kedah ni..hehe aku terfikir camna mau bagi pinjam sedangkan diorang duduk jauh dari rumah aku..hehe agaknya diorang bawa aku jumpa kot?


#Kalau ingin membeli sesuatu yang kita minat,
jangan tengok harga...rembat terus..walaupun xda duit?haha

Nighty nite-nite people~

Dengan kejamnya ingin mengatakan sesuatu kepada pemenang Giveaway!

Assalamualaikum...wuhu tajuk macam garang sangat la...hehe ok straight to the point...ada enam pemenang GA aku tu yang lansung x tuntut hadiah..x tau sama ada memang ada bagi tapi x sampai mesejnya atau macam mana...so...aku buat cabutan kali kedua untuk 6 pemenang tersebut....hantar details A.S.A.P tau supaya hadiah pun A.S.A.P hantarnya...hehe

ni la dia cabutan kedua dari random.org

1) 5 in 1 USB Card Reader : http://secrettales97.blogspot.com/2014/11/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html

2) Shawl : http://lalazarryn.blogspot.com/2014/11/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html

3) Ribbon Brooch :
  1. http://ainxr-stoghiee.blogspot.com/2014/11/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html
  2. http://blogcikbelbel.blogspot.com/2014/11/simple-1st-giveaway-by-beba-ifa.html
  3. http://www.honeyonnee.com/2014/11/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html
  4. http://fatanahkhirizan.blogspot.com/2014/12/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html
ok, dah siap senarai pemenang baru..kali ni ada link pula...jom hantar details kat number phone saya terus la..hah senang sikit 014-6763874

Nama Pemenang:
Alamat Penuh:
Nombor Peserta:
Hadiah yang dimenangi:
Blog URL segmen GA:

#Semangat mau pos hadiah hari ni akan tetapi pemenang x cukup 14 orang lagi..alaaa...

Genap 22...

 Yeayy! alhamdulillah.... I'm feeling 22 hu~
dengan ini maka sah la aku masuk umur 22 tahun tepat pada tarikh 3 Januari 2015 ini..pembuka tahun baru juga aku lahir ni...dan kebetulan berselisih pada tarikh kalendar Islam 12 Rabiulawal iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Cukup gembira apabila dapat keluar celebrate dengan family makan-makan dan tengok wayang Night at Museum. Great moments with my family! Akan menyusul birthday iaitu adik aku yang lepasan SPM tu 20 Januari pula..haha

Bersyukur sangat-sangat..alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk merasa nikmat kehidupan sehingga mencapai usia 22 tahun ini. Harapan untuk ulangtahun kelahiran kali ini adalah untuk menjadi seorang yang...."rahsia"
hehehe biarlah harapan itu hanya diri ini dan Allah sahaja yang tahu...
Happy birthday to myself! hahaha wish diri sendiri ya...



#Thank you so much kepada yang memberi ucapan hari jadi dan mendoakan saya...

Salam Maulidurrasul...

Assalamualaikum...salam menempuh tahun 2015...
setelah banyak tragedi, kisah-kisah 2014, kini tirai 2015 telah dibuka.

3 Januari 2015 merupakan hari ulangtahun kelahiran Rasulullah S.A.W..
Banyak hikmahnya jika mengingati hari ni kerana kita manusia yang mudah alpa, jadi sama-samalah kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Bukan sahaja pada hari tersebut tetapi bila-bila masa sahaja apatah lagi dalam bacaan solat dan doa seharian kita.

Dalam memulakan tahun yang baru ni, berazam itu biarlah disertakan dengan niat yang baik dan usaha yang istiqamah...Allah pasti akan membantu hambaNya yang sentiasa berusaha. Semoga kita akan dapat hasil yang positif dari apa yang kita rancangkan...
Namun apa juga azam kita, semoga kita masih berdiri di atas landasan agama Islam yang akan memberi jalan keredhaanNya.

Cabaran pada tahun ini untuk aku ialah menyiapkan tempahan pelanggan membuat sulam logo dan nama di baju. Kali ni ada 100 helai jaket yang perlu aku sulam... Sangat mencabar kerana aku risau jikalau kualiti yang aku buat tidak menepati kehendak pelanggan. Sekarang barulah aku tahu betapa susahnya menyulam t-shirt2 ni..walhal dulu-dulu rasa mahal service sulam ni semua, tapi bila sendiri dah rasa cara menyulam guna mesin besar tu, barulah aku tahu bagaimana penat dan sengsaranya si tukang sulam ni mau aim frame sulam tu atas baju.

Penat yang teramat tapi yang bestnya bila semua berjalan lancar dan sempurna, memang terasa gembira sangat2 sebab sulam tu menjadi dengan cantik. Eh? puji diri ka,,,,hehe

Mudah-mudahan esok menjadi lebih baik dari semalam.

#Pengalaman @Rakankita Graphics

Nuffnang Ads