Nuffnang Ads

Cara buat cucur sardin...urmm sedapnyaa..

Hi bloggers!
Tadi rasa macam mau minum petang, jadi tengah-tengah ada mood tu pegi la masak cucur...hehe minum petang dengan teh Lipton gituuu..nyummm...jom kongsi sikit cara-cara masak cucur ni...

Bahan-Bahan:

-Tepung Gandum (ikut suka)
-Tepung penaik (1 sudu besar atau setengah)
-Ikan sardin (yang dalam tin dihancurkan kasar-kasar)
-Bawang besar (dipotong dadu)
-Cili padi (dipotong halus)
-Sayur kubis (dipotong kecil)
-Gula
-Garam
-Air masak

Cara-caranya:
  1. Campurkan semua bahan tadi dan gaulkan sehinga sebati. Pastikan adunan tepung tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  2. Panaskan minyak untuk digoreng.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit, ikut saiz yang kamu suka. Yang penting jadi bentuk cucur la ya...hehe
  4. Ada lagi aku terlupa ka?hmm, tungguu sehingga kekuning-kuningan..
Pastu bolehlah hidang dengan sos cili atau mayonis! ^_^




#Tips: Kalau x mau cucur tu keras, guna tepung penaik ataupun guna telur. Tapi bergantunglah pada citarasa anda :D Ada orang suka keras2...
Sekadar berkongsi resepi mudah sangat2 untuk dibuat..

No comments:

Post a Comment

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads