Nuffnang Ads

#5Throwback- Mengimbas kenangan SMK SANZAC batch 2010 part 2

2009

Merupakan tahun permulaan tingkatan 4. Tahun ni memang gempak jugalah sebab banyak aktiviti yang aku join. Tahun ini jugalah tahun yang menyedihkan bagi aku. Okey, yang best tu, bila aku banyak join jadi pengacara majlis. Memang non-stop la jadi MC nie, MC sukan, program2 motivasi dan ceramah di sekolah, program khatam Al-Quran, dan majlis sambutan kemerdekaan. TETAPI bukan aku sorang2 jak yang mengacarakan majlis, aku ada partner yang dah selalu diganding jadi MC sama-sama. Dia ni terkenal di sekolah dengan gelaran YB. Sebabnya?

penampilan dia dah macam YB yang mahu bertanding pilihan raya..hehe. Dia juga rakan akrab aku, sepasukan dengan anggota badan Pengawas Sekolah Sanzac. Namanya YUS AMIR FIRZA. Sekarang ni sedang melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 SMK SANZAC. Rasanya dia masih belum puas untuk meninggalkan kenangannya di sana. Apa-apa pun selamat berjaya untuk STPM dan kekalkan sifat kepimpinan tu ! ^_^ 

Banyak kenangan aku menjadi MC, rindu pada MIKROFON SEKOLAH..hehehe tidak lupa juga untuk mentor pengacara kami, CIKGU DAYANG,CIKGU RAHMAH,CIKGU HASLINDA dan CIKGU JONIH.. Mereka semua adalah pembimbing aku dan Yus dalam mengenali selok-belok menjadi pengacara majlis. Mana yang formal, mana yang tidak formal, cara berpakaian, gaya percakapan, intonasi suara, dan paling penting mereka selalu bantu dalam menghilangkan rasa gemuruh kami. TERIMA KASIH CIKGU ! 

Pernah juga aku mengacarakan Majlis Perasmian Kempen Pemakanan Sihat Peringkat Negeri Sabah. Ketika itu, aku seorang sahaja yang mengendalikan majlis itu, program tu bukan anjuran sekolah teteapi anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan aku masih ingat lagi nama perasmi itu ialah YB Datuk Jahid Jahim yang merupakan Pembantu Menteri Kementerian Belia dan Sukan. Itulah pertama kali menjadi pengacara majlis yang bukan anjuran sekolah sendiri. Berdebar juga tu, namun berkat ajaran cikgu2 yang melatih aku dalam menjadi MC, aku telah menghabiskan tugasan tersebut dengan jayanya. (hehehe~manis^^)
Bah, MC saja ni aku cerita, mesti boring kan..hahaha tapi tu la yang terjadi...selain tu aku pernah menjadi fasilitator beberapa program..tahun 2009 ni jugalah aku sempat lagi ikut Pesta Pantun. Jadi pemantun ketiga pula tu...1 team dengan Sharul dan Lala. Diorang ni junior aku tapi lebih berpengalaman daripada aku^^ fuhh! Banyak sangat aktiviti ni...haha honeymoon la katakan..join camping di Kiulu lagi, naik Flying Fox lagi! tu yang aku paling suka buat dan sekarang pun terasa mau cuba lagi! ^_^ 

Memang Confirm la best kan~ tapi, ada juga yang sedihnya tahun ni tau...

Tahun inilah aku mengucapkan selamat tinggal kepada dunia menjadi Setiausaha Badan Pengawas Sekolah. Kemudian dilantik menjadi Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Bertukar suasana menjadi lebih relax. ADA SEBAB aku buat keputusan begitu. Menyedihkan lagi bila aku baru masuk jadi Pengerusi Pengerusi Program Usahawan Muda (PUM), terpaksa melepaskan jawatan tu, dan itu juga atas kerelaan hati sendiri dan sebab peribadi. SEDIHNYA aku masa tu. 

*to be continue~
Oleh sebab panjang sangat entri ni, maka terpaksalah buat part 3 lagi..hehe 
see you ! ^_^

Check it here, bahagian 1 punya...

No comments:

Post a Comment

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads