Nuffnang Ads

#1Throwback- Siapa "add" siapa??

Haluu bloggers ! 

pernahkah situasi ni jadi dengan kamu apabila kamu sedang online Facebook, entah dari mana sorang mamat ni datang menyapa anda dalam chatbox? memang banyak berlaku begitu. Ditambah lagi dengan persoalan "sejak bila dia jadi kawan FB aku ni? aku kah yang add dia? x pernah pun.."
itulah cerita yang ingin dikongsi petang-petang ni..
(haha tiba2 ada mood mau mencoret sekejap)


*********

Entah sejak bila aku mula membalas sapaannya. Tanpa disedari kami mula bersembang seperti biasa. Mulanya aku memang lansung tidak mengenali dia,sehingga hampir 'remove' namanya di 'Friend List" aku. 

Namun apabila dia memberitahu bahawa dia adalah 'junior' kepada kakakku dulu di sekolah menengah, menyebabkan aku tidak jadi untuk remove dia. Hahaha.. apa la yang sedang bermain di fikiran aku pada waktu itu.
"Orang ni asyik menyakat aku jak kalau bawa chatting. Asyik-asyik aku yang dituduh duluan add dia, adeh.." Detik hatiku. 

Mula-mula aku berasa malas mahu membalas mesejnya di FB. Mungkin dia pun sama macam lelaki lain yang suka mengusik perempuan. Itulah yang selalu bermain di fikiran aku kalau tentang lelaki yang masih bujang-bujang ni. Haha begitulah aku, selalu berhati-hati dengan lelaki. Bukan semuanya baik kan? Cuma segelintir jak yang betul-betul bagus untuk dijadikan suami.. (oppss...hahaha)


Dipendekkan cerita..(haha)
Dia meminta nombor telefonku. Fikiran aku mula negatif. (hahaha terlalu paranoid ka macam tu..)
Perlukah aku bagi? atau tidak? untuk apa dia mau nombor tu? bukan ada apa-apa penting pun kan.. Jadi aku bagi la separuh nombor aku. (haha sengaja) 3 nombor terakhir aku biarkan dia x tahu.
(untuk keselamatan..haha)

Pada aku, dia sesuai untuk dijadikan kawan. Tahu sebabnya apa? sebab tiap kali aku online,ada saja dia muncul..haha part yang paling seronok bila aku suka sakat dia balik. Hilang bosan terus,walaupun hakikatnya aku belum pernah terserempak dengan dia apalagi raut wajahnya yang lansung aku tidak kenal.  

Tapi...apa yang benar-benar aku tidak sedar. Pada saat aku lansung tidak mengenali paras rupanya, dan aku hanya kenal melalui tulisannya (chatting bah tu..), saat itu juga aku sedar bahawa aku mula berasa ada keserasian antara kami, namun ego aku menafikan bahawa itu x akan mungkin terjadi.  Malah aku membiarkan perasaan itu berlalu begitu sahaja.  Jadi dengan itu aku membuat keputusan untuk memberi sahaja nombor telefonku pada dia. 
"Mungkin kami boleh jadi kawan." itulah yang aku selalu katakan pada diriku.

Sejak itu kami mula berhubung melalui sms. Pernah juga berjumpa sekali sekala, x boleh selalu sebab aku sendiri mahu menafikan perasaan itu. (ego sangat2...memendam perasaan...)

Ada suatu hari aku terbaca status dia di FB, dia post, aku pula yang terasa tersindir dengan pernyataan itu.. Baru aku tersedar bahawa aku mempunyai harapan terhadap dia..(kenapalah semua pun baru aku sedar..adeh =.=") Ok..berbalik pada cerita tadi, terasa sakit pula hati ni.. Entah keluar bingung-bingung aku masa tu, aku 'remove' dia dari 'friendlist' aku.. (kejamnya kan..) aku cuma mahu melupakan perasaan tu.. takut sakit hati lagi...(penakutnya la aku ni kan..) 

Tidak lama selepas itu, dia menghantar SMS kepadaku dan aku dapat rasa bunyi dari mesej dia mengatakan dia kecewa dengan tindakan aku 'remove' dia dari FB.. Lalu, dia pun mengucapkan selamat tinggal kepadaku...
????? apa aku buat ni?? dah kira bagus dah dia jadi kawan aku, tu pun aku macam seolah-olah menghalau dia pula tu. (dan sekali lagi, tanpa disedari...)

"Kebiasaannya penyesalan itu akan datang apabila kita hampir-hampir kehilangan dia.."
Tapi aku x pasti kalau dia pun ada perasaan yang sama macam aku rasa. (aku berdebar sangat waktu itu..perlukah aku beritahu dia bahawa aku telah jatuh hati pada dia??)
Mungkin hanya bertepuk sebelah tangan saja.. pada mulanya aku x mahu beritahu isi hatiku, tetapi lebih baik beritahu, supaya x la menyesal.

Setelah aku menyatakan sebegitu, segalanya bertukar kepada keadaan yang membahagiakan (haha x tahu mau hurai camna lagi..) Rupanya aku x la bertepuk sebelah tangan. ^_^
dan akhirnya dia jawab (dalam maksud yang sama juga)
"Memandangkan kita x tahu siapa add siapa, aku add kau, kalau kau approve, maknanya kita officially together,ok?"

aku pun jawab, " Tengoklah dulu ^_^ hehehe "

Bahagianya hati....

-TAMAT-

No comments:

Post a Comment

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads