Nuffnang Ads

Tertidur masa study?????

IKUTILAH TIPS YANG MUDAH INI...DAN INSYA ALLAH...ANDA DAPAT BELAJAR DENGAN SELESA DAN EFEKTIF ...SELAMAT MENCUBA!!^-^


  1. Baca doa penerang hati sebelum belajar! Minta keberkatan daripada Allah agar mudah masuk ilmu dalam minda! Insya Allah.....
  2. Fokus dengan buku jak!! Jangan peduli kalau ada adik-adik yang sedang huhahuha main sana sini buat bising tue.....buat nda nampak jak!!
  3. Pastikan persekitaran tempat belajar tue terang!! Jangan belajar di tempat yang cahayanya malap kerana boleh merosakkan mata kita!!
  4. Jangan semakkan meja dengan buku yang bertimbun-timbun!! Biar bukunya sikit jak tapi ilmunya padat!!
  5. Sediakan botol yang berisi air kosong agar dapat menstabilkan oksigen dalam badan dan mencerdaskan minda untuk berfikir....Ingat! Air sangat penting!!
  6. Kalau belajar malam & mengantuk??? Caranya rehat seketika dengan menggosok gigi agar berasa lebih selesa....Jangan amalkan minum minuman yang mengandungi cafein..dan buat regangan badan yang ringan2 sahaja..!!
  7. Jangan amalkan mengulangkaji sambil mendengar radio atau lagu2 terutama yang menggunakan 'headset' seperti mp3 dan bnyk lagilah...ini boleh merosakkan tumpuan dan membahayakan telinga kita..!!
  8. Belajar dalam tempoh 40 minit dan 'rest' sebentar!! Pastu sambung semula study tue...jgn plak tido atau tengok tv..!!
  9. Sentiasa tingkatkan keyakinan diri untuk berjaya! Sebab..kalau bukan diri sendiri yang bagi keyakinan,siapa lagi...kan??? Jadi...percaya pada diri..."YES,I CAN DO IT!!"
  10. Akhir sekali....habis buat ulangkaji,tutup buku dan akhiri dengan 'alhamdulillah' bersyukur kerana dapat belajar dengan sempurna dan jangan lupa niatkan diri untuk belajar lagi nanti...^-^
selamat mencuba ! :D

No comments:

Post a Comment

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads