Result exam uitm mengecewakan saya??

Assalamualaikum...mau share sikit, luahan hati yang kecewa...orang kata, hati-hati post sebarang post di media sosial...apa-apa pun, hati-hatilah dengan semua percakapan anda...ini kisah benar yang terjadi pada diri ini..huhu

17 Feb 2017 bersamaan dengan hari Jumaat....bermulalah orang ramai yang menyemak keputusan peperiksaan untuk budak2 degree ni...aku pun excited buka emel...cek tepat jam12 tengah malam..haih?? x masuk lagi? kosong inbox ni...cek dalam spam pun x ada...tunggu punya tunggu, dalam jam1 pagi lebih-lebih macam tu, masuklah emel sims@SALAM.UITM.....(tagline SALAM yang popular di kalangan pelajar2 uitm ni) bila buka mesej tu, alamak, dia tulis aku kena tunggakan hutang pulak?? bila masa aku kena tunggakan ni??

Picture 1: emel result exam yang disekat

huhu dah alang2 sedih kan...buka la website fineportal untuk cek bil..rupanya ada bil yang salah bagi dekat kami...bil ni junior dan senior aku x ada pun dapat..elok jak dorang cek result...tiada pun 
Picture 2: ni bil aku...
Picture 3: ni bil kawan aku degree uitm sabah juga sama dengan aku..
haaa..kalau tengok picture 3 dengan picture 2 tu, nampak x yang kawan aku tu cuma dicas sekali sahaja RM30 tu...manakala aku punya bil dapat dua bil RM30....

"Ha...budak ni complain je tau" "eh eh, x tau bersyukur la budak ni" "kalau complain pun, buatlah di saluran yang betul dek oi.."

mungkin ada suara-suara kecil atau kuat yang berkata demikian...bukan saya complain....dan bukan saya  x tau buat aduan di saluran yang betul...

Saya dan 4 orang lagi kawan..jumlah kami 5 orang.....dah buat laporan mengenai masalah ini dengan HEA, lalu HEA suruh ke pejabat bendahari...lalu kami pun ke sana...dah buat aduan, siap diminta isi dua set borang laporan aduan mengenai bil yang tersalah/double bagi tu...

aduan ni dibuat sejak antara bulan 10 dan 11 lagi...tahun 2016 masa tu tau....borang aduan tu akan diambil tindakan...

namun begitu, sehinggalah hari ni, (tarikh dan jam menaip post ini) masih wujud lagi bil itu sebenarnya.....saya juga personally telah menghubungi pihak kewangan uitm, dan diberi kata-kata bahawa saya akan dihubungi semula pada petang hari yang sama saya menghubungi mereka...namun tidak ada tanda-tanda untuk saya dihubungi semula.......

last option, saya meminta bantuan ayah saya...setelah ayah saya menghubungi sendiri pihak uitm, maka keesokkan harinya iaitu pada hari ni, saya diberitahu bahawa

"masalah ini telah pun diselesaikan dan untuk mengetahui result exam sila refer dengan HEA....maaf atas kesulitan yang berlaku..."

alamak....kena pegi HEA ka? atau kena call pejabat HEA? hmm.....

maka masalah x dapat cek result secara dalam talian tidaklah selesai..nak save result dalam pdf pun x la dapat....sedih....terpaksa tunggu buka semester pada 6 Mac 2017 ni untuk dapatkan result hardcopy dengan UiTM sendiri......

walaupun bil RM30 itu akan dibatalkan (yang aku pun xtau bila...), saya masih x dapat cek sebab hari ni dah keluar bil bayar yuran semester la pulak...dah la online result expired 24 Feb 2017....hari ni dah masuk 22 haribulan.... hahahahahaha aku hanya mampu ketawa.....dah give up mengurus panjang sangat cerita......


walaubagaimanapun, tahniah kepada UiTM kerana berjaya menyelesaikan masalah ini dengan secepatnya sebelum tarikh luput melihat result online ni tutup...pada 24 Februari (Jumaat) kami berlima telah dapat mengakses result tersebut...terima kasih UiTM kerana mengambil tindakan sewajarnya....syukur alhamdulillah...semua result kami berlima lulus dengan jayanya....
Sekian........

No comments:

Post a Comment

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Check it out!