Anak anda ketagih dengan gajet?

Kebanyakan ibu bapa mengalami pengalaman tentang anak-anak yang sangat ketagih dengan penggunaan ipad, laptop, smartphone, tablet. Tambah-tambah lagi dalam era yang sangat pesat dengan pembangunan teknologi menambahkan lagi kerisauan para ibu bapa. Namun ada juga yang membiarkan anak mereka berterusan melayani segala gajet2 yang sangat canggih.

Kenapa saya bercakap begini? Sedangkan saya belumlah mempunyai pengalaman menjadi seorang ibu. Akan tetapi, ini sekadar ingin berkongsi pengalaman mengenai adik lelaki bongsu saya yang telah kehilangan ibu semenjak usianya 6 tahun. Dia telah menjadi anak yatim memandangkan dia belum akil baligh. Dalam waktu dia membesar, banyak dugaan terutama dalam faktor gajet2 ini. Semua ni bermula sewaktu dia darjah 3. Dia mula pandai meminta2 untuk buka laptop dan main game. Kebetulan masa itu, kami belum ada wifi rumah, dulu2 hanya popular dengan broadband internet. Jadi adik saya tidak melayari internet, sebaliknya hanya main game yang di install dalam laptop tersebut. Namun begitu, laptop boleh jadi punca pergaduhan bila adik saya sudah ketagih main game. Dia tidak mahu makan, alasannya kenyang, malas mandi apa lagi kalau mengulangkaji pelajaran. Masalah ini berlarutan sehinggalah laptop tu ‘hang’ dan rosak atas sebab2 lain.

Masalah ini menjadi reda sekejap dan berulang kembali apabila wifi mula dipasang dirumah dan laptop 1 malaysia mula diagihkan dan si adik bongsu mula lagi ada keinginan main game. Tambah2 lagi ada internet, selalu juga dia mau main game online ni. Laptop tu pun mula menjadi slow…dan ‘not responding’ kerap berlaku. Ayah sering menegur, kurangkan main laptop, tapi budak-budak kan..masuk telinga kanan, keluar balik ke telinga kiri…ish3…melalui apa yang saya perhatikan, adik saya x sepatutnya dilayan kemahuannnya. Apabila dia mencapai umur 10 tahun, saya sangat melarang dia untuk meminjam laptop peribadi saya memandangkan laptop itu masih baru dan sangat diperlukan untuk membuat assignment semasa saya di universiti. Saya agak tegas dan pantang jika si bongsu ingin pinjam laptop tu, kerana saya tahu, tidak ada faedahnya jika saya memberi pinjam padanya. Malahan handphone dan kini smartphone juga saya tidak meminjamkan kepada adik saya. Saya lebih rela bertekak daripada memberi dia gajet2 tersebut.

Kadangkala saya rasa diri saya ini sangat tidak bertimbang rasa dengan adik saya..boleh dikatakan terlalu berkira kalau hal yang sebegitu. Namun saya tidak mahu adik saya terlalu terdedah dengan gajet2 hebat sejak dibangku sekolah lagi…saya sangat risau…

Sekarang adik bongsu saya dah berusia 11 tahun. Saya masih kawal dia dalam penggunaan gajet. Dia sendiri masih belum memiliki telefon bimbit apatah lagi smartphone. Boleh dikatakan dia menjadi “orang gua” yang tidak tahu apa2 tentang gajet2 ni..tapi kadang2 saya mulai berlembut hati kalau dia mau pinjam laptop saya untuk menonton movie2 cartoon atau runningman..dengan syarat, dia x buka online game di laptop tu..atau main sebarang game dalam laptop tu. Ni untuk mengelak laptop tu rosak dan juga ketagih main game. Saya tidak mahu dia jadi lalai dan alpa dengan dunia game sampai jadi malas. Untuk penyelesaian juga, saya selalu gunakan laptop ni sebagai motivasi agar dia lebih rajin dalam segala-galanya. Bukan juga ganjaran, tapi saya sedang mengawal ketagihan terhadap gajet ini.


Syukurlah dia dah 11 tahun, sudah mengerti erti menghargai apa yang diberi dan tidak terlalu banyak merungut. Saya selalu juga memberi nasihat dan kata2 motivasi agar dia menjadi anak yang soleh. Mereka ini cuma perlu lebih perhatian,dan tidak berasa diabaikan. Cuma dia kurang minat untuk mengulangkaji di rumah, saya sendiri x tau kenapa..prestasi akademik tidak begitu cemerlang, mungkin adik bongsu saya ni lebih kepada kemahiran yang lebih praktikal. Siapa tahu kan? Walaupun saya ni cumalah seorang kakak, tetapi saya tetap ada naluri ingin melihat adik saya berjaya dunia dan akhirat. ^_^

No comments:

Post a Comment

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Check it out!