Kedai dipecah pencuri?

Pada 5 Februari baru2 ni, bos aku dan pekerja-pekerja kat kedai tu diuji dengan dugaan Allah apabila kedai kami dipecah masuk oleh pencuri seawal 7 pagi...masa tu kebetulan aku off day pergi amik exam MUET...so, cerita ni kakak aku yang inform mula-mula tu.

Tapi apa yang dikesalkan, bos tersebut mengesyaki pekerja sendiri yang memecah masuk kedai tu..
Barang yang hilang Samsung Tab dengan Kamera Digital sahaja...cash dalam drawer masih kekal di situ...selepas diteliti cctv yang dipasang oleh bos di dalam kedai tu, ternyata bukan pekerja punya angkara tetapi orang lain yang telah memecah masuk ke dalam kedai.

Namun yang mencurigakan, pencuri tersebut hanya membuka di satu tempat sahaja iaitu bahagian laci meja bos. berdasarkan apa yang dilihat di dalam cctv tersebut, pencuri itu membelek dokumen-dokumen di dalam laci itu dalam tempoh yang agak lama. Kebetulan disebalik dokumen2 tersebut, terdapat dua gajet yang telah disimpan di bahagian tersorok. Pencuri itu kelihatan mengambil gajet tersebut dan memasukkan ke dalam porch beliau. Namun setelah dia mengambil gajet tersebut, dia menyambung semula menyelongkar dokumen dalam laci yang sama dan nampak seperti sedang meneliti dokumen-dokumen tersebut menggunakan lampu suluh yang dibawanya...

Agak musykil dengan perbuatan pencuri itu...dia masuk bukan untuk mencuri pada awalnya..tetapi mahu mencari sesuatu yang lebih berharga dalam fail dokumen itu...
Kecurian boleh berlaku dalam shopping mall yang sangat kecil berbanding mall yang lain.. Persoalannya, macam mana pencuri itu boleh terlepas dari pengawal keselamatan yang sentiasa berlegar-legar di kawasan itu. Tambahan pula, kedai kami hanya sebaris dengan bilik kawalan cctv shopping mall tersebut.

Pelbagai andaian dan kemungkinan yang boleh dijangka mengenai suspek..sama ada ini angkara orang yang bekerja dalam mall itu? yang pasti, orang tersebut sudah tentu tahu akan selok belok bangunan dan kedai tu..
Menakutkan apabila kejadian ni berlaku awal pagi...maklumlah kalau negeri Sabah ni, jam 7 pagi dah start matahari mau terik panas..kecurian yang berlaku di siang hari?? Sedangkan orang ramai masa tu sibuk hendak buka kedai masing-masing..kedai kami tu memang buka jam10 pagi..sebab tu belum ada pekerja datang lagi...
Bahaya memang ada di mana-mana....harap-harap kes ini dapat diselesaikan...

#tak pasal-pasal pekerja yang dituduh mencuri...ish3...

6 comments:

  1. kedai dipecah pencuri?kedai gadget ye, kak beba?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan,kedai printing banner,tshirt..
      Yg gadget tu, bos punya,dia sorok dalam laci..

      Delete
  2. SALAM DAN HI , ANDA BERADA DI SENARAI TAGGING SAYA UNTUK MENYERTAI 'IPHONE 5S GIVEAWAY BY SYAFIQ SPECKI' JEMPUT SERTAI DAN MENANGI HADIAH LUMAYAN INI . ---> KLIK SINI UNTUK SERTAI<---

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for tagging me~ dah tengok entry tu, all the best ya :)

      Delete
  3. Replies
    1. yup..alhamdulillah...setakat tu tiada...

      Delete

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Check it out!