Musim Kahwin~

Assalamualaikum bloggers! Haluuu....

Selamat berhujung minggu...yang paling penting, selamat bercuti-cuti! hehehe, dah ngam dengan musim cuti ni, maka ramailah yang ambil peluang untuk mendirikan masjid masing-masing..wah...bestnya...aku bila ek? hahaha 

okay, bukan tu yang aku mau cakap...ni...sepanjang 21 tahun hidup aku, hanya beberapa majlis kahwin saja yang aku betul kenal pasangan yang kahwin tu..contoh macam saudara sebelah bapa, mak cik, anak buah dan sebagainya...akan tetapi...bila bapa aku yang tercinta tu dah suruh semua anaknya ikut sekali ke majlis kahwin kawan-kawannya..haaa..mula la awkward situation...hahaha sana la aku x kenal siapa-siapa....maklumlah, ibu bapa kalau anak-anaknya ada yang dah x mau ikut pegi majlis kahwin tu, haaaa....habislah...confirm kena ayat paling pedas "nanti kahwin tiada orang mau datang"

macam dah jadi mantera tau ayat tu...sumpahan kepada sesiapa yang x datang majlis kahwin orang lain..hahaha okey, aku terlalu over cakap ayat tu sumpahan sebab terlampau tengok cerita dongeng2 ni di tv.. hehe..kadang-kadang 1 hari tu sampai 5-6 jemputan kahwin yang menjemput bapa aku pegi..dah tu minta sekeluarga lagi datang...memang untuk mengeratkan silaturrahim sesama saudara tapi kalau dah sampai kelam kabut terkejar ke sana ke mari, memang x dapat la pegi..apatah lagi kalau majlis tu jauhnya sampai ambil masa 2-3 jam ke sana...sempat aku mabuk jalan lagi..hahaha

apa-apa pun, ikut kemampuan jika mahu ke majlis perkahwinan orang lain, janganlah paksa diri sampai tanggungjawab lain terabai...kan? hehe walaupun jemputan ke perkahwinan tu kira wajib datang tetapi laksanakan mana yang sepatutnya dahulu...


#kejadiannya, kadang-kadang aku terpaksa ikut juga...haha...musim cuti yang sangat banyaaaakk majlis kahwin.....namun hakikatnya majlis kahwin kawan aku yang sorang tu jauh sangat sampai aku x dapat pegi..huhu sedih...

No comments:

Post a Comment

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Check it out!