Nuffnang Ads

Alhamdulillah..mujur ada UTC...

Assalamualaikum..selamat tengah malam..hahaha (pelik cakap gitu)

Tadi petang telah selesai segala masalah membayar bil-bil air, letrik dan astro..sekaligus selesai mengepos hadiah Giveaway ni yang aku sponsor tu kepada 4 pemenang tu..harap-harap selamatlah sampai ke rumah masing-masing ya..hehe

Aku urus benda2 ni tadi, maknanya hari Sabtu, biasanya bank banyak tutup kan hari Sabtu? Begitu juga dengan pejabat pos...tapi sejak ada UTC di Kota Kinabalu ni, urusan semakin lancar dan sangat-sangat menyenangkan..

UTC atau dalam nama panjangnya ialah Urban Transformation Centre atau dalam melayunya Pusat Transformasi Bandar..lokasi yang sangat strategik..berhampiran dengan Taman Sempelang Sembulan, Pejabat Petronas, Wisma Muis dan Masjid Negeri Sabah. Bangunan ini telah dibuka pada Januari 2014 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 November 2014. Bangunan UTC terdiri kepada dua bangunan iaitu Wisma UTC dan Menara UTC (seperti dalam gambar)

Paling best urusan pejabat ni dibuka seawal 8.00 pagi sehingga 9.00 malam!
dibuka Isnin hingga Ahad. wow! 
Lansung x tutup KECUALI CUTI UMUM ya...hehehe

Apa yang ada di UTC Kota Kinabalu ni? Okey,,menurut lawatan aku hari tu..(hehe) macam-macam perkhidmatan ada...teruja sebab jimat masa untuk terkejar ke sana ke mari...macam One-stop-centre yang boleh buat banyak perkara dalam satu tempat.

Okey, kita tengok apa yang ada di Menara UTC :

ARAS BAWAH:
  1. Perbadanan Pinjaman Sabah
  2. Pos Malaysia (tempat aku berurusan tadi..hehe)
ARAS SATU:
  1. Jabatan Imigresen Malaysia
ARAS DUA:
  1. Jabatan Pendafaran Negara (tempat aku tukar IC aku kepada IC baru..heehe)
ARAS TIGA:
  1. Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan
  2. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
  3. Telekom Malaysia
  4. Jabatan Air Negeri Sabah
ARAS EMPAT:
  1. SME Bank
  2. AR-Rahnu YaPEIM
  3. Yayasan Usaha Maju
ARAS LIMA:
  1. Jabatan Pengangkutan Jalan
  2. Biro Pengaduan Awam
ARAS ENAM:
  1. Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah
  2. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
  3. Yayasan Sabah
  4. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
ARAS TUJUH:
  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri
  2. E-Perolehan
ARAS LAPAN:
  1. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
  2. Majlis Amanah Rakyat
  3. Tekun Nasional
  4. Amanah Ikhtiar Malaysia
ARAS SEMBILAN:
  1. PERKESO
  2. JobsMalaysia
  3. Jabatan Tenaga Manusia
  4. Sabah Jobs Center
ARAS SEPULUH:
  1. Bilik Mesyuarat
Wisma UTC pula?

ARAS BAWAH:
-Klinik 1 Malaysia (tempat aku buat check up sebab demam..hehe)
-Kafeteria dan KOPI 1
-Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
-Kedai Rakyat 1 Malaysia
-Polis Diraja Malaysia

ARAS SATU:
-Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
-Pusat Aktiviti Warga Emas
-Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah
-Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am
-Cafe@TEEN Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara
-Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (TASKA)
-Majlis Sukarelawan Negeri Sabah

ARAS DUA:
-Perpustakaan Negeri Sabah

ARAS TIGA:
-Kementerian Belia Dan Sukan


Amacam? padat juga kan...sangat tidak sangka lokasi ni boleh jadi tempat yang berguna untuk ramai orang. Lega dapat bayar bil dan pos hadiah tadi walaupun sepatutnya Sabtu dan Ahad banyak pejabat tutup..tapi tidak untuk UTC...hehe apa-apa pun post aku yang teramat panjang ini hanyalah ingin berkongsi rasa puas hati terhadap layanan staf di sana dan selepas selesainya tugas-tugas penting tadi..
aku x bawa kereta ke sana sebab rumah x la jauh sangat dari lokasi ni...lagipun akses kepada bas awam juga sangat mudah..sebab dekat dengan bus stop ja..senang ja..alhamdulillah...tidak sampai 30 minit, urusan tadi dah siap! weee lega hati...
(Sumber : www.google.com)

#Aku berkongsi pengetahuan berdasarkan pengalaman aku ke sana...
sebab masih ramai yang tidak tahu apa yang ada dalam bangunan ni..
seriously..ramai lagi x tau..
walaupun dah banyak iklan pasal ni kat dalam tv...

6 comments:

  1. Memang memudahkn UTC ni...semua ada dan setempat...semoga ianya dapat dimanfaatkan sebaiknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..seluruh Malaysia ada UTC, sangat menyenangkan..

      Delete
  2. Perkonsian yg best... Papaglamz singgah sini.. Jom terjah entri Papaglamz ni..

    http://www.papaglamz.com/2014/12/beli-6-botol-percuma-1-botol-vitamin-c.html?m=1

    ReplyDelete
  3. betol2 sgt memudahkan. 1 stop center. tp di tempat ana ni (Perak), UTC paling hampir pon hanya ada di bandar Ipoh. itu pon 50km +- jaraknya dgn rumah ana :(

    ReplyDelete
  4. tapi mmg sgt bagus UTC ni. haritu pergi buat passport di UTC, 1 jam boleh siap dah hehe

    ReplyDelete

Dah baca? komenlah juga..... ^_^ Thanks..

Nuffnang Ads